Monday 28 October 2013

kenapa ramai student overseas SUSAH nak balik Malaysia?

  Kali ini aku nak kupas beberapa masalah yang pernah diketengahkan oleh kabinet mengenai permasalahan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara GAGAL untuk pulang ke Malaysia selepas menyudahkan pengajian mereka.

Mari kita lihat satu persatu punca permasalahan yang berlaku. 

  Sebelum itu mari kita lihat negara kita sendiri. Kabinet juga pernah ketengahkan permasalahan dimana ramai WARGA ASING atau bahasa lembutnya PATI yang berfoya foya di Malaysia dan aku x nafikan benda tu. Sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di Klang Selangor, aku rasa aku seperti belajar di "nusantara" yang lain apabila aku keluar outing mahupun "terbang" ke bandar Klang sewaktu belajar dekat asrama dulu. Pemandangan seolah aku bukan berada di nusantara Malaysia, tetapi di kawasan rokok "nusantara" (if you know what i mean).

Jadi kenapa masalah ini timbul??

  Sebab negara negara jiran kita kebanyakan susah, maka mereka berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki. Disebabkan kesusahan yang melampau, ada yang terpaksa masuk ke Malaysia secara haram walaupun mereka mengerti itu merupakan satu jenayah.

Apa kaitan dengan student Malaysia di luar negara?

  Aku bagi contoh yang terdekat dengan aku. Hidup di Jepun memang menelan kos sara hidup yang tinggi. Tapi aku hairan, didalam negara yang menelan kos sara hidup yang tinggi ini, x pernah sekali pon aku jumpa peminta sedekah, orang yang tidur di jalanan atau hidup di gelandangan. Kalau difikirkan secara logik, bayangkan saja sewa rumah yang aku duduk sekarang ni pon, x besar mana pon,  besarnya sebuah ruang tamu rumah teres setingkat. Situlah bilik air, dapur, ruang tamu, tempat tidur, dan harga sewa sebulan RM900. Mampu??

  Minyak kat Jepun mahal cam harom. Seliter RM5.14. Keharaman apakah ini? Harga sepapan telur (10 biji) RM7.00. Mampu?? Air tin setin RM3.20. Mampu?? Bil air sebulan RM60, bil api RM70, bil gas (untuk memanaskan air paip) sebulan RM70~RM100. Mampu??

Dah tu, kenapa tak nak balik Malaysia kalau life cost mahal??

  Setelah contoh2 yang aku keluarkan, pasti ramai yang berfikiran begitu bukan?? Sebenarnya silap!!! Kesilapan besar!!! Disini aku tunjukkan sedikit kiraan realiti sebenar hidup di Jepun.


kiraan bil/sewa bulanan:

1. Sewa Rumah : 28000yen
2. Bil air : 2400yen
3. Bil elektrik : 2200yen
4. Bil gas : 3000~5000yen
5. Insuran kesihatan : 2200yen

berikut adalah senarai harga lain2:

1. Petroleum seliter: 160yen
2. Harga kereta (Honda fitz) second hand : 12,0000yen
3. Harga kereta Nissan Skyline GTR R35 second hand 2011 : 300,0000yen
4. Harga motor Yamaha YZF R1 (baru) : 150,0000yen
5. Harga tv LED sharp : 32000yen
6. Harga setin air : 100yen
7. Harga kasut vans : 7000yen
8. Harga seluar jean Levis : 10000yen

Demikianlah beberapa contoh yang aku boleh bagi. Jadi nak tahu berapa gaji BASIC bagi graduan ijazah yang bekerja di Jepun??

  Gaji BASIC sebulan lepasan ijazah di Jepun rata rata adalah 20,0000yen. Saya ulang, itu GAJI BASIC. Aku pernah berbual dengan orang pakistan yang bekerja di kilang Subaru, gaji sebulan 30,0000yen, dan yang menarik bonus tahunan adalah sebanyak 200,0000yen! Za hell???

Jadi susah ke hidup dekat Jepun ni sebenarnya??

  So, let assume 100yen tu seakan seringgit (nilai sebenar 100yen adalah bersamaan RM3.20). Jadi mari kita buat kiraan semula harga2 yang aku sebut diatas tadi dengan menganggap 100yen bersamaan seringgit.


kiraan bil/sewa bulanan: (nilai dalam kurungan nilai ringgit sebenar)

1. Sewa Rumah : RM280 (RM900)
2. Bil air : RM24 (RM77)
3. Bil elektrik : RM24 (RM77)
4. Bil gas : RM30~50 (RM96~RM160)
5. Insuran kesihatan : RM22 (RM70)


berikut adalah senarai harga lain2: (nilai didalam kurungan nilai ringgit yang sebenar)

1. Petroleum seliter: RM1.60 (RM 5.14)
2. Harga kereta (Honda fitz) second hand : RM1200 (RM3850)
3. Harga kereta Nissan Skyline GTR R35 second hand 2011 : RM30000 (RM96500)
4. Harga motor Yamaha YZF R1 (baru) : RM15000 (RM48500)
5. Harga tv LED sharp : RM320 (RM1030)
6. Harga setin air : RM1 (RM3.20)
7. Harga kasut vans : RM70 (RM225)
8. Harga seluar jeans Levis : RM100 (RM320)

Dan basic gaji sebulan 20,0000yen dan menganggap 100yen bersamaan seringgit, maka nilainya menjadi RM2000. Aku ulang balik, susah ke sebenarnya hidup dekat Jepun??

Malaysia pulak macam mana??

Gaji basic dah la "SETINGGI" RM1500 sebulan, harga minyak RM2.20 seliter, air tin RM1.50~RM2, harga kereta myvi (baru) RM40000.

  Yang aku kemukan ini baru faktor ekonomi, belum soal sosial lagi. Nak bandingkan disiplin orang Jepun dengan orang Malaysia, korang lebih arif kot. Nak bandingkan kadar jenayah di Jepun dengan Malaysia, korang boleh tau kot sapa menang. Nak bandingkan kebersihan antara Jepun dengan Malaysia? Korang pon sendiri boleh tau. Nak bandingkan kejujuran rakyat dan pemimpin Jepun dengan Malaysia, korang boleh tau sapa menang.

  Kesimpulannya, berbalik kepada persoalan yang diutarakan pada awal tadi, adakah pelajar Malaysia yang belajar ke luar negara GAGAL pulang ke Malaysia ataupun kabinet GAGAL menguruskan negara dengan baik??? 

"Kalau x suka Malaysia boleh keluar dari Malaysia!".. hahahahahahahaha.
Inilah kata kata orang yang x pernah keluar Malaysia sebab dia x rasa hujan emas dekat negara orang.

  Ya, bak kata pepatah, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Tapi kalau hujan batu untuk berabad lamanya, jangankan hujan emas, hujan besi buruk pon belum tentu lagi bro kalau macam ni la gayanya. Wahai pemuda pemuda Malaysia, kurangkanlah aktiviti "berpavilion", pakcik2 yang selalu lepak dekat mamak, asyik sembang kedai kopi je pun x leh gak. Sembang2 tapi bontot melekat dekat kerusi kedai mamak, badan x bergerak, terus bersembang pon x boleh. Menang berpidato boleh la pakcik. Gerak kerja??

  Disebabkan aku sayangkan Malaysialah, aku terpaksa SEDIKIT radikal dalam meluahkan idea serta pandangan aku. Kalau asyik nak berlapik, yang didalam lama lama busuk dikerjakan dek kulat. 

Lets do something for bright future. Sampai bila nak pergi perang guna keris bro?? Tepuk dada sendiri sakit. #hambar








Monday 2 September 2013

Kerana dua angka macai sama macai gaduh

Tumpang lalu, nak lap habuk jap dekat blog ni.

Ok, heboh kan sekarang pasal kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 20 sen. Maka buruklah imej DS Najib. Ah ha ha. Kalau orang tanya aku setuju tak dengan kenaikan petrol, jawapan saya of course la tak suka. MACAI BN pon tak nak harga petrol naik, apatah lagi MACAI PR. Ah ha ha. Niat saya disini bukanlah nak jadi ahli akaun negara ke, pakar ekonomi negara ke, TIDAK!

Cuma kali ni saya nak cuba berfikiran positif, nak cuba berfikir tanpa pengaruh daripada FACEBOOK tentang kenaikan harga petrol dan diesel. Semestinya sebelum saya menulis benda ni, saya sudah pun berbual dengan MACAI BN, MACAI PR. Saya dah dengar apa pendapat dari dua pihak ini.

Baiklah, saya mulakan dengan cara pengiraan. Saya sedar saya tak layak pon nak sembang pasal benda2 ekonomi, akaun ni, tapi at least saya belajar juga math, yedak?? Ah ha ha. Jadi di Facebook sekarang banyak ahli matematik membuat kiraan harga penggunaan petrol yang naik sebanyak 20 sen untuk jangka masa setahun. Jadi, saya nak buat calculation mudah pulak mengenai subsidi kerajaan keluarkan untuk setiap liter.

1. Kiraan (kerugian yg dialami akibat kenaikan harga petrol dan diesel)

    Harga sebelum kenaikan harga ialah (RM 1.90 x 10 liter) x 30 hari x 12 bulan = RM6840
  
    Harga selepas kenaikan harga ialah (RM 2.10 x10 liter) x 30 hari x 12 bulan = RM 7560

    Jadi kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat untuk setahun adalah sebanyak RM 720.

2. Kiraan (subsidi kerajaan untuk petrol RON 95)

    Subsidi satu liter RON 95 lebih kurang (RM 1.00 x 10) x 30 hari x 12 bulan = RM3600.

Dah kenapa pulak aku buat kiraan subsidi pulak, sedangkan orang lain dok sebuk kira kerugian yang bakal mereka alami selepas kenaikan harga petrol dan diesel. Ok, salah satu sebab saya buat kiraan ni sedar atau tidak, seperti yang sudah banyak dipost dan dishare di Facebook, ura ura mengenai kenaikan jumlah BR1M untuk yang akan datang untuk mengula gula kan rakyat itu dikatakan menjadi salah satu sebab kenaikan harga petrol dan diesel.

Pada hikmat dan logik MINDA AKU, aku rasa memang wajar kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel dan dalam masa yang sama menaikkan jumlah BR1M. Aku rasa benda ini wajar. Dah kenapa pulak wajar, kau ni MACAI BN ea??? Ah ha ha. Opssss

Ok, let say sekiranya BR1M dinaikan dari RM 500 ke RM 800, sedar atau tidak, nilai itu masih lagi jauh berbeza dengan nilai subsidi petrol yang saya kirakan sebentar tadi (RM3600 setahun). Yela, nak tahu kenapa saya kaitkan BR1M dengan subsidi petrol??

PAKAR EKONOMI dekat FACEBOOK kata, rata rata yang dapat BR1M ni orang orang kampung, orang susah, depa tak rasa kenaikan petrol ni sebab depa tak pakai kereta, senang la depa ni digula gulakan, tu yang ramai mengundi BN ni ramai orang KG. Ah ha ha. Lawaknya iolls rasanya pun.

Hey, uolls guna kereta tiap2 hari tu lagi banyak makan subsidi okeyh. (Asal jadi epok2 ni. Ehem, tune balik suara jantan). So tak perlulah saya buat kiraan subsidi minyak lagi sekali, yedak, faham2 sendiri lah ya. Logik kedua aku sokong BR1M naik dan harga minyak naik sebab memang wajar kerajaan mengurangkan subsidi, sebaliknya memperbanyakkan lagi BR1M ni sebab bila dikatakan SUBSIDI, MACAI BN ka, MACAI PR ke, Dato ke, Tan Sri ke, Robert Kok ke, pengemis ke, peminta sedekah ke, semua dapat benda yang sama. Sama rata gituuuu, katanya. Ah ha ha. Boleh macam tu??

Logik lain yang saya fikir adalah tak mungkin harga petrol akan menurun, saya ulang, tak mungkin. Der, petrol hari2 digali, makin lama makin sikit der, bukannya boleh buat penanaman semula der, kalau macam tu, x payah la US sebok2 perang dgn negara teluk untuk dapatkan minyak KALAULAH minyak tu boleh ditanam dekat US. Boleh??? Antara faktor lain, Mesir sekarang pon tgh bergolak, bukan Mesir je, Syria dll tengah bergolak.

Ada juga orang membuat banding beza dengan negara lain berkaitan dengan harga petrol, tapi aku rasa x perlulah kot sebab setiap negara ada perkiraan diorang sendiri. 

Aku bagi contoh mudah, orang kata minyak Jepun lagi mahal daripada minyak kita dan aku tak nafikan. Masa aku mula2 datang dulu, harga seliter 142 yen = RM 4.65, tapi sebelum aku balik Malaysia haritu, harga naik jadi 160 yen = RM 5.30, xda la plak ak baca twitter or fb kawan2 Jepun aku menganjing government depa 18 yen (macam kat malaysia, bnyk troll 20 sen), troll gamba PM depa. Malaysia truly Asia. Tambahan, tak lama lagi tax pembelian (dekat malaysia xda tax ni) akan naik dari 5% ke 8%. Adui nye ter ber puuunnn. Tapi x bolehlah kita compare dgn Jepun sebab depa (kalau x silap aku la) 90% minyak depa import from middle east. Orang pon boleh kata pendapatan orang Jepun tinggi, so x rasa sangat pon minyak tu mahal.

Tapi kalau nak pendapatan rakyat tinggi, dekat UAE, dekat Dubai pon pendapatan rakyat depa tinggi2. But harga minyak depa murah cam@#$%^&*. Sebab tu aku tak berhujah dengan membanding beza dengan negara lain sebab setiap negara ada plan, perkiraan belanjawan negara masing2. Kenaikan 20 sen tu pon ada kemungkinannya untuk menampung hutang2 negara yang melambak lambak sampaiakan tak terluak hendaknya. Ada lari bajet lettuw, failll. Ah ha ha.

Aku juga memandang negatif jugak mengenai masalah ni. Kenaikan harga petrol ni akan jadi beban pada golongan sederhana (pertengahan) yang dimana golongan ni x layak dapat BR1M, tapi dalam masa yang sama x kaya jugak pon. Macam teman laa  :(

Point akhir aku, cakap pakai air liur pon x boleh jugak der. Sekarang ni pon, amalan Kafir mengkafirkan orang dah sama macam MACAI MEMACAI kan orang dah aku tengok. Kalau nak berdiskusi, jangan bias der. Aku pon hentam governtment kalau aku rasa x betul, tapi kalau aku rasa governtment betul, aku setuju. Kata nak build a better nation, tapi kalau minda x boleh buka, hati sentiasa nak cari salah, sampai bila nak maju der. Betulkan dan bimbing, bukan menjatuhkan.

Takkan sebab naik 20 sen, nak mengamuk dekat petrol pump?? Ah ha ha... Peace no war. Maaflah, aku bukan MACAI mana2 wokeyh.





Tuesday 18 June 2013

Diet dan Islam


Diet dan Islam?? Haaaaa, style tak tajuk entry aku kali ni?? hew3 Sebenarnya dua benda ni tak ada kaitan pon antara satu sama lain pon. Tapi ada satu persamaan dalam pengamalan.

Haaa, apakah?

Dipendekkan cerita, baru2 ni aku belajar satu benda baru berkaitan dengan diet dalam kelas English. Statement dia lebih kurang macam ni.

"Pernahkah kita mengalami masalah kenaikan berat badan selepas sekian lama kita melakukan diet? Terdapat dua sebab mengapa hal sedemikian berlaku. Pertama badan manusia mempunyai satu sistem atau set point dimana badan kita sendiri telah menetapkan satu tahap berat badan yang ideal untuk kita, dan otak(sistem) akan mengawal serta menstabilkan berat badan kita ke tahap berat badan yang telah disetkan oleh badan kita. Jadi, banyak mana kita makan, sikit mana kita makan, kita akan kekal dalam range berat badan yang telah disetkan.

Sebab kedua ialah badan kita mempunyai bekalan lemak, dimana lemak tersebut akan digunakan pada waktu waktu kecemasan seperti ketika kita sesat dihutan dan tiada bekalan makana untuk 3 hari sebagai contoh, maka bekalan lemak tadi akan ditukarkan ke dalam bentuk tenaga. Sekiranya kita melakukan diet dengan menahan diri dari makan banyak2, otak(sistem) akan menganggap badan kita dalam keadaan kebuluran. Maka lemak yang tersimpan tadi akan ditukarkan kepada tenaga sedikit demi sedikit. Tapi, once kita mula makan walaupun lebih sedikit dari semasa kita melakukan diet, sistem akan membuatkan kadar metabolism kita perlahan. Jadi makanan yang kita makan bukan ditukar kedalam bentuk tenaga, tetapi kedalam bentuk lemak kerana ingin menggantikan lemak yang telah digunakan sebelum ini dan hasilnya, kita gemuk balik. 

Penyelesaian terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan melakukan diet DAN dalam MASA YANG SAMA, lakukan SENAMAN yang setimpal"

Begitulah kisahnya. Mungkin ramai dah tahu pasal benda ni, tapi lantak lah. Pokoknya bukan benda ni aku nak sampaikan, ni info sampingan je. Pointnya, ramai orang melakukan diet, tapi tak tahu apa sebenarnya dia buat tu, betul ke tak, apa faedah dia buat, yedak? Depa suka melakukan amalan diet secara mengkhinzir buta, sebab apa, sebab trend orang ramai kan, nak turunkan berat badan, diet, jadahh. Bukan salah diet, tapi cara nak turunkan berat badan, bukan diet SAHAJA, kena bersenam jugak!

Jadi apa kaitan dia dengan Islam?

Haaa, point dia pon sama je, ramai orang mengamalkan Islam, tapi tak ramai yang sedar dan tahu apa yang mereka amalkan dalam Islam, khususnya bab ibadah. Sebab apa, ramai yang Islam, tapi Islam secara ikutan, atau dalam erti kata lain, TAQLID BUTA. Yang  lawaknya, (bukan nak memperlekehkan mana2 orang) dah la taqlid buta, bila nampak orang lain buat benda pelik sikit dari BUDAYA Islam, khususnya BUDAYA Islam Tanah Melayu ni haa, mulalah nak kata sesat la, walhal orang tu buat benda yang betul. Dah lah taqlid, buta lagi. LOL. Buat kawan2 saya yang lahir di Tanah Melayu, Islam (aliran sunnah wal jamaah) ada 4 mazhab ye, EMPAT mazhab. Dan dalam 4 mazhab ni, ada banyak juga benda2 yang lain dari segi pengamalan ibadah, contoh paling senang bacaan qunut, ada mazhab kata buat, ada mazhab kata x payah buat. Salah satu faktornya imam mazhab tersebut meletakkan hukum berdasarkan hujah yang berbeza.

Yang peliknya, yang taqlid buta ni pulak, kalau taqlid benda yang betul ok la lagi, ni x, taqlid mazhab melayu. Alahaii~ Jadi penyelesaiannya mudah, kena belajar lagi ilmu agama. Kaji dan selidik. Lebih baik x payah buat atau amalkan sekiranya kita tidak tahu atau was2. Dan jangan pula kita pertikaikan perihal yang kita sendiri tak tahu, jangan pertikai, tapi tanya kenapa mereka buat sebegitu, rujuk pada yang pakar.

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah, amal tanpa ilmu gila :)


Monday 3 June 2013

Kalau bukan kita siapa lagi?

Fuuhh, sekian lamanya aku tidak menaip di ruang blog ni. Sorry la, busy sikit kot duduk dekat negara orang kan. Ingatkan dah lepas graduate from IBT, aku ingat masuk universiti ni ringan la sikit beban belajar, rupanya harammm...

Tapi bukan tu aku nak cerita, aku nak kongsikan sikit sebanyak pengalaman aku dengan kawan2 Jepun. Bagi mereka yang tak tahu lagi, aku belajar di Gunma University, terletak di Gunma Prefecture (kira2 150km dari bandar Tokyo). Serius aku memang batak la dok sini, nak2 awek2 kat sini cun melecun bak ang. Haha. 

Dah 3 bulan aku duduk dekat sini, aku belajar banyak benda baru terutamanya bab makan. Mesti ramai fikir duduk dekat Jepun susah nak makan, YA, memang betul, aku kena teliti satu persatu ingredient makanan yang aku beli. Kadang kadang rasa macam leceh gila, tapi nak buat macam mana, yedak? Untung duduk Malaysia, nak beli makanan, tengok je logo halal. Dah la leceh nak tengok semua benda, harga pulak x payah nak cerita la kan. Alhamdulillah, aku bertuah dapat biasiswa, kalau tak, memang aku x mampu nak makan la kat sini.

Tapi, sebaliknya, aku makin gemuk duduk sini. Duduk sini baru 3 bulan, tapi dah naik 11 kilo!! Haha. Tak tau la kalau aku belajar dekat mesir ke, jordan ke, makanan halal senang nak dapat, rasa rasanya naik 20 kilo kot. 

Ok, dah lari topik sebenarnya. Haha. Baiklah, aku share sikit apa yang pernah aku alami, berkaitan dengan entry kali ni. Aku dengan seorang kawan Malaysia aku yang belajar dekat sini, Afif Akmal namanya, kami join pasukan ragbi universiti. Jadual latihan kami setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu, bermula dari jam 6.00 petang sampai pukul 9.00 malam. Maghrib di Jepun masuk pukul 6.50 petang dan Isyak masuk pukul 8.30 malam.

Nampak macam susah kan?? Tapi sebenarnya tak pun. Ok, aku cerita sikit perangai orang Jepun. Orang Jepun ni kalau kerja ke, latihan ke, mesti buat betul2. Tak ada istilah main2 la senang cerita. Kiranya nak curi tulang pon x boleh.

Tapi aku suka orang Jepun ni, kau cakap jujur, bagitahu perkara yang sebenar, mereka terima dan hormat. Senang cerita, aku bagitahulah dekat kapten ragbi aku yang aku dengan kawan aku kena solat Maghrib, dan mereka faham dengan situasi kami. Kami akan pergi dekat tepi padang dan solat maghrib berdua, kemudian sambung latihan dengan depa. Percaya tak, kadang kadang kapten ragbi aku sendiri yang tanya kami dah solat ke, dah masuk waktu solat ke? 

Satu lagi sikap orang Jepun ni, diorang ni berkawan memang betul2 kawan. Bukan kenal2 gitu je. Nak berkawan dengan orang Jepun ni, x susah sebenarnya, tapi kita yang rasa susah. Sebab apa, kita dengan rakan2 di Malaysia, kita berkawan, tapi sekadar kawan. Tapi diorang x. Bila kita sudah jadi kawan diorang, diorang akan ambil berat tentang perihal kita. Diorang lagi faham apa itu ukhwah daripada orang Islam.

Aku bagi satu example, kat Jepun memang x jual daging halal dekat restoran Jepun selain kedai muslim, jadi setiap kali kami bebudak ragbi lepak di kedai makan atau di kafe universiti, diorang faham yang kami x boleh makan daging, babi, minum 酒(sake) iaitu arak dll. Even kadang2 bila diorang nak kongsi makanan dengan kami, diorang akan check dulu ingredient untuk aku sebelum bagi aku makan. Aku sangat kagum dengan diorang sebab diorang respek agama aku

Itu satu hal, satu hal lagi, baru baru ni aku pergi ke welcome party untuk kelab ragbi uni. Party tu dibuat di 居酒屋(izakaya) iaitu restoran yang menu utamanya adalah arak. Memang seperti yang difikirkan, semua mabuk, ketawa x berhenti la, macam2 la karenah orang bila dah mabuk. Diorang faham yang kami x boleh minum arak, jadi diorang order jus dengan cola untuk kami minum. Even diorang dengan rela hati tukar makanan dengan kami, contoh diorang bagi kami udang ke sotong, diorang amek daging kami. Tapi aku rasa geli hati la, dalam suasana mabuk2 tu, kami solat Maghrib di izakaya. Stail x?? Haha.

Aku ingat lepas parti ni, boleh la balik, rupanya depa pi minum lagi, for the second time. Kali ni dekat pub pulak. Lol, first time masuk pub. Tapi aku ikut je la, sebab hormatkan diorang. Aku minum jus lagi la jawabnya. Tapi dalam ramai2 yang mabuk, ad sorang ni yang x mabuk, sebab dia minum secawan dua je. Dia asyik borak dengan aku, tanya apa yang aku buat dekat izakaya tadi (tanya aku pasal sembahyang maghrib). Aku pon story la. Bosan jugak pergi pub, tengok orang mabuk2. Naseb la ada karaoke kat situ, apa lagi...HAHA

Tu mungkin sebahagian daripada cerita aku, sebenarnya banyak lagi cerita yang aku nak kongsi. Mungkin daripada cerita aku ni, orang akan nampak ak macam sosial, Ya, aku mengaku, tapi mungkin fikiran setiap orang x sama. Cara orang lain2. Aku x mampu nak bagi ceramah pasal Islam macam kawan2 sekolah aku yang lain, aku mungkin x mampu nak tunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang Islam sebab aku pon fail bab tu, tapi selagi mana aku mampu menyumbang untuk jalan agama, aku cuba.

Kalau Islam itu dilihat leceh, rumit, susah, oldschool, terorist, itu semua berpunca daripada sikap kita sendiri sebenarnya. 

Sebab apa?

Bila kita ditanya mengenai Islam, kita akan jawab Islam wajibkan puasa sebulan, x boleh buat sex sebelum kahwin, x boleh minum arak, x boleh makan babi, kena sembahyang 5 kali sehari dll. Tapi kita lupa nak explain KENAPA kita disuruh berbuat demikian, apa HIKMAH disebaliknya. Contoh, kat Jepun, kita x boleh makan daging dekat sana, maka bila orang Jepun tanya kenapa kita x makan daging, kita pon jawab "kami x boleh makan daging". Maka dalam kepala otak orang Jepun, mereka menyangka bahawa orang Muslim x boleh makan daging, walhal kita boleh makan, dengan syarat kena sembelih haiwan tersebut..

See.. Kita sendiri yang buat Islam tu nampak susah dimata orang lain kerana KEGAGALAN kita dalam memberitahu mereka perihal yang sebenar. Kan lebih baik kita cerita Islam bagi makan daging, tapi kena sembelih, sebab apa kena sembelih, sebab nak kasi semua darah dalam haiwan tu keluar, sebab apa nak kasi darah keluar, sebab darah x elok dimakan kerana ada banyak virus dalam darah atau sebagainya. 

Everytime kawan Jepun aku tanya berkaitan daging, aku akan jawab macam tu, dan sebaliknya mereka mengatakan Islam "Healthy". Haha. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Mungkin salah satu caranya ialah dengan mahirkan diri kita dengan bahasa asing agar mudah untuk kita explain dengan lebih lanjut mengenai Islam. Tapi, paling penting sekali, ilmu mengenai agama, terutamanya bab feqah kena mahir. :)










Sunday 7 April 2013

Berubah jadi alim tapi mendabik dada? Bagus sangat ke?



Aku cuma terkilan, ada segelintir umat ni kan, dahulunya dia berada didalam dunia yang jahil. Ketika jahilnya dia dahulu, aku rasa mungkin dia sedar yang dirinya dihina oleh masyarakat sekeliling. Tapi tak tahu lah kalau dia buat2 tak sedar atau dia memang betul2 x sedar.

Jadi, aku bagi satu contoh yang sangat dekat dengan aku, MAMA saya.

Ni nak cerita sikitlah sejarah mak aku. Masa mak aku muda dulu, mak aku merupakan seorang penari tarian kebudayaan dibawah Kelab Budaya naungan JKKN. Lepas tu mak aku aktif dalam bidang nyanyian, selalu mendapat undangan di hotel2. Kelab tu wallahu a'lam. Haha. Then mak aku join kugiran, tapi mak aku vokalis. Cuma nak bagitahu, mak aku ni bukanlah artis, cuma penggiat seni sebab adik beradik mak aku semua pemuzik. Aku xde kot :P

Yalah, bila dah menari, menyanyi dekat hotel, menyanyi kugiran, mana ada hijabers gitew. Of course la free hair bagai. Tapi percaya lah, lepas mak aku kahwin dengan ayah aku, dia berubah. Dulu melalak dekat hotel hotel, sekarang lead kumpulan berzanji dan marhaban. Aktif dalam kegiatan surau dll.

TAPI, mak aku xde lah nak mengutuk orang jahil2 dekat luar sana tu! Takda pulak mak aku kata tu zalim la, tu kafir la, ini yahudi la, jadah n bla bla bla bla. 

Ya, tak dapat dinafikan seruan amal ma'ruf nahi mungkar, bukan nak kata tak payah nak amek peduli pasal kemungkaran dan sebagainya, tapi point aku disini adalah, bila kita sudah berubah, daripada kejahilan ke jalan yang benar, bagus sangat ke kita ni nak mengutuk, mengata, mencaci dan menghina orang2 yang jahil di luar sana?? Cantik sangat ke??

Sepatutnya kau kena lebih faham perasaan berada di tempat orang yang jahil, sebab kau pon pernah jadi jahil la JAHIL! *teremosi haha.

Sebab takut nanti kerana mulut orang macam segelintir umat yang dah berubah jadi alim tapi mengata tu, orang yang nk berubah silap2 makin menyimpang sebab mulut umat yang longkang itu :)

#AbbyAdabi(bukannamasebenar)

Thursday 28 February 2013

BTN tu racun?


18 feb sampai 22 feb, aku menghadirkan diri ke Biro Tata Negara (BTN). Sebelum pergi BTN ni, mostly komen yang aku dengar, "dakyah kerajaan", "racun fikiran rakyat", "brainwash" n so on. Betul, aku x nafikan benda2 tu semua, cuma mungkin nasib aku la, masa aku pergi BTN, xde pulak diorang sentuh pasal politik. So, ak tak nak komen apa2 la.

Sometimes aku sendiri pon rasa, ekeleh, desprate gila pelatih2 BTN ni, macam sangap nk marah orang je. haha. 

Tapi entah la, lepas pergi BTN, banyak benda yang selama ni aku x tahu pasal negara aku sendiri. Malu jugak sebenarnya jadi rakyat Malaysia, tapi "zero" pasal Malaysia. Dan untuk pengetahuan umum la, aku ni sebenarnya agak racist orangnya (pengakuan jujur dan berani mati). Tapi bila pergi BTN, racist tu masih ada, cuma x setegar dulu la. Banyak kot kesedaran yang aku dapat dari BTN.

Mungkin tak ramai ada pengalaman macam aku. Aku ni dibesarkan oleh atuk dgn nenek sejak aku umur setahun sampailah aku habis tadika. Nak dijadikan cerita, aku ni dididik oleh atuk aku, aku belajar mengaji, belajar berzanji dll. Atuk aku ni pulak bekas tentera darat dan pernah berkhidmat masa perang dunia kedua. Jadi, memang banyak atuk aku cerita pasal perang dengan Jepun (aku sendiri nak belajar kat jepun, LOL), pasal perang menentang Komunis. Jadi mungkin bagi aku sendiri, sedikit sebanyak aku faham tentang perjuangan nk mendapatkan kemerdekaan negara ni bukanlah mudah.

Jadi, objektif sebenar BTN ni, bukanlah nak meyampaikan dakyah kerajaan atau lain2, sekadar nak menyedarkan kaum muda di Malaysia, agar faham erti pengorbanan dan perit getir orang dahulu mendapatkan kemerdekaan. Cuma yelah, tak dinafikan ada sikit2 dia selitkan unsur2 politik, tapi x payah la disebabkan ada unsur politik, habis benda2 baik yang ada dalam BTN kita campak tepi, yedak?

Dari sudut agama sendiri pon, for those yang pernah belajar PQS, ada bab pasal cintakan tanah air (x silap aku la). Nak kata agama sendiri pon menekankan aspek cintakan negara dan tanah air. Tapi tak tahulah, kalau ada jugak yang nak kata, "alaa, buku teks tu orang kerajaan yang buat, tu yang masukkan tajuk tu dalam buku teks". LOL Whatever. 

Dalam banyak2 modul dan aktiviti dalam berkumpulan yang ada dekat BTN, aku rasa aktiviti yang paling membawa mesej yang baik adalah aktiviti dimana setiap kumpulan diberi cebisan2 kain, ada yang dapat warna merah, ada yang biru, ada yang putih, ada yang kuning. Dengan bahan yang diberi, kena hasilkan satu benda yang kita boleh banggakan. Syarat dia, kita tak dibenarkan bersuara dan berdiri, boleh memberi tapi tak boleh meminta. Simple je, tapi susah nak laksanakan.

Mulanya, aku pon tak terfikir nak buat apa dengan kain warna putih, tapi lepas aku perhatikan group lain ada pegang kain merah, biru dengan kuning, baru aku perasan, Jalur Gemilang! (slow jugak aku ni). Jadi semua group pon bergabunglah, kumpulkan barang2 yang setiap group dapat, buat bendara Malaysia.

Aktiviti dia memang x seronok, tapi mesej dia mendalam. Macam tu lah payahnya orang dulu nak merdeka, suara mereka x didengari oleh british, kuasa mereka ditarik dan sebagainya, tapi akhirnya kemerdekaan tercapai jua.

Jadi orang muda, fikir dengan rasional, belajar untuk mensyukuri nikmat yang ada, luangkan sejenak masa untuk diri sendiri, fikirkan apa yang kita mampu sumbangkan pada negara kita sendiri. Jangan hanya sekadar lantang bersuara, gerak kerjanya tiada. Seburuk buruk Malaysia ni, kita masih lagi mampu mengucap dua kalimah syahadah tanpa sebarang ugutan atau ancaman. Sehina hina Malaysia ni, kita masih lagi mampu menunaikan solat berjemaah dimasjid masjid, surau2. Yang tinggal sekarang hanyalah kita, bagaimanakah cara nak mengekalkan dan menambah baik, bukan memusnahkan :)






Wednesday 13 February 2013

Tradisi yang kuno itu teruk sangat ke?



Sambungan daripada artikel yg lepas,  ada satu hari ni, lepas aku aku balik dari kerja, aku dgn member2 kerja aku yang lain lepak dekat mamak untuk makan malam. So, masa kami tengah menjamu selera, datanglah seorang pakcik. Pakcik ni memang dah familiar lah dengan budak2 IBT sebab dia jual nasi lemak dekat depan kondo kediaman student IBT ni.

Jadi aku ingat nak share sikit apa yang pakcik tu borak dengan kami masa kami tengah makan. Pakcik tu share pengalaman hidup dia sejak dari lepas sekolah sampailah dia jual nasi lemak.

Betullah orang kata, dont judge a person by their appearance. Macam kebanyakan penjual nasi lemak yang anda semua pernah nampak, sama juga dengan pakcik tu. Simple, memang sesuai dengan watak seorang penjual nasi lemak. Tapi, sapa tahu dia belajar sampai master?? haha

Tapi aku nak tekankan satu point yang pakcik tu share dekat aku iaitu pasal perkahwinan. Ala korang, pasal kawin je laju je kan?? Mulalah merembes rembes hormon korang.. Haha

Kang kalau share semua benda yang pakcik tu cerita dekat aku, x larat pulak kome nak membaca nanti. Mana tak nya, aku yang dengar pakcik tu borak pon boleh nk terlelap. Haha, yela, mungkin sebab letih, baru balik kerja satu, tapi mungkin panjang sangat.

Anyway, aku mula fikir balik apa yang pakcik tu borak pasal kahwin, dan aku mula bersetuju dengan apa yang dia katakan. So aku akan kongsikan antara isi2 perbualan pakcik tu mengenai perkahwinan.

Kalau nak kahwin, biarlah mak kita yang carikan calonnya. Mungkin benda ni nampak sangat "LAME" dan KUNO, tapi inilah yang terbaik buat kita. Berkerut jugak dahi aku bila dia cakap macam tu, agak kurang setuju disitu. Tapi setelah dengar penjelasan lanjut dari pakcik tu, aku mula setuju dan buat aku berfikir panjang.

Senang je explaination dia. Mak mana nak bagi anak dia kahwin dengan pelacur?? Takkan lah mak kita akan cakap macam ni, contohnya "Mat, kau kahwin je la dengan Leha tu (pelacur), xpa, kau tarbiyah la dia nanti, elok lah dia tu bila jadi isteri kau nanti." 

Dan mak mana jugak nak kasi anak dia bini atau suami yang huduh paras rupanya. Even mak kita pon x nak menantu yang huduh, yedak? Haha

Dan paling penting, bila seorang anak minta mak dia pilihkan calon suami atau isteri buat dia, pastinya mak kita akan terharu.

Kenapa?

Apabila seseorang anak memberi kepercayaan kepada ibunya untuk memilih calon isteri atau suami bagi dia, itu merupakan SATU PENGHORMATAN bagi seorang ibu. Bayangkan je la dalam era macam ni, mana ada anak yang nk mak dia carikan calon untuk mereka, yedak?

Jadi, seperti yang aku cakapkan tadi, bila ibu kita rasa diberi penghormatan untuk dia memilihkan calon untuk kita, PASTINYA dia akan memilih yang TERBAIK untuk kita, yedak??

So, kalau korang tanya aku macam mana pulak??
Senang je, aku ni jenis yang x cerewet sangat. Aku mungkin bagi mak aku pilihkan, tapi, kalau aku dah jumpa yang aku sendiri berkenan awal dari mak aku, aku kawin dulu la kot. Haha

Jadi, jangan anggap sesuatu tradisi itu kuno dan x relevan. Tak dapat dinafikan ada banyak tradisi yang x relevan dengan dunia sekarang, tapi x dapat dinafikan juga ada tradisi yang relevan bila kita fikirkan balik.



Sunday 10 February 2013

Rehatkan hati

Alhamdulillah, minggu ni macam2 benda baru yang aku alami. Pengalaman kerja yang baru, mendengar pengalaman hidup orang yang lain. Ada perkara yang menggembirakan, ada juga perkara yg menyedihkan. Tapi, aku rasa minggu ni banyak benda yang menyedihkan dan menyakitkan hati.

Dah seminggu aku kerja dekat Boulevard  Office, dekat Midvalley. Aku kerja sebagai call operator. So, aku nak share sikit la tentang kerja aku ni. Actually aku kerja bukan nk kejar duit sangat, tapi mungkin pengalaman dan softskill yg boleh aku dapat daripada kerja ni. Kena speaking English plak, mula2 rasa susah, tapi fikir benefit yg aku dapat, aku kerja jugak la.

Aku diberi dua projek untuk buat call. Projek pertama berkaitan survey pelanggan Singtel (sebuah syarikat telekomunikasi di Singapore), dan projek kedua adalah survey jugak, tapi survey ni lebih kepada suka rela laa. So probability untuk orang yang aku call tu nk layan aku sangatlah sikit gila.

Mana tak nya, bayangkan tiba2 ada orang call kau, cakap dia nak buat survey mengenai "Penggunaan alatan elektronik dikalangan rakyat Singapore", mungkin sesetengah berkesanggupan nk layan call tu, but mostly akan tak nak.

Cuma, aku sedikit terkilan la, even bagi pihak yang menerima panggilan tu, sekiranya tak mahu membantu aku dalam buat survey, tolak la dengan elok2.

Opssss, lupa pulak, aku call orang SINGAPORE, negara yang maju, minda mereka kan KELAS PERTAMA, memang patut la dapat layanan macam tu.. :)

Mula mula sapa je yang x stress kalau kena reject banyak kali dengan makian, nasib baiklah makian diorang tu dalam bahasa orang sepet, aku x faham. Kerja ni x penat, cuma mental dengan emosi ni penat bersabar. Tapi, dah hari2 kena REJECT dan KENA MAKI, so lama kelamaan aku jadi kebal.

Ok, tu soal kerja, soal daily life aku pun sama. Time kerja pon dah la selalu kene REJECT dengan customer, dalam dunia sebenar pon kena REJECT. Haha, apalah nasib kau man. Mungkin tiada rezeki disitu. Bangun subuh, tengok2 ada mesej yg sangat2 menghancurkan hati aku. Haha, aku mampu menangis jelah time tu. Haish, penyabar betul kau man.

Memang aku rasa minggu ni paling berat pernah aku jalani la dalam hidup. Nak pergi kerja pon xda mood. Kalau campur adukkan hal peribadi dengan kerja, mau aku balas makian customer yang maki aku. Haha! So, aku cuba belajar untuk x campur adukkan hal kerja dengan hal peribadi, alhamdulillah aku dapat tangani. Orang kata, be pro la kan?? Haha So, aku buat keputusan untuk rehatkan jiwa aku dari cintan2 ni. Mungkin 5 tahun, mungkin 4 tahun, atau lama lagi.


Benda gembira pon ada, alhamdulillah. Tapi tu secret la kan :)
Pengalaman yang aku dapat dari kerja mungkin tak banyak, tapi bernilai.






Saturday 2 February 2013

Kelajuan keretapi adalah kelajuan marhaen

KTM tembel!!! KTM lembab!!! KTM lemau!!!


Haaaa, semua istilah yang membawa makna perlahan, yang macam siput, terpaksa dipikul oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Amboi, jahat betul kita ni, yedak??

Kalau anda bertanyakan saya, for sure saya akan jawab perkara yang sama. Aku ni pengguna KTM sejak aku mula sekolah asrama, every two weeks, aku akan balik ke rumah dengan menaiki kenderaan termulia bagi budak2 sekolah iaitu KTM!!! Sumpah, aku boleh katakan la papan jadual elektronik yang ada distesen stesen keretapi tu semua dusta belaka!! Ataupun kalau anda semua pernah belajar addmath, tajuk (arithmetic progression), aku rasa papan jadual elektronik kat situ semua telah disetkan dengan arithmetic progression. 

Mana tak nya, kalau tulis kat situ waktu ketibaan pukul 9.00, tak datang pon. Lepas tu dia akan tambah masa di papan jadual tu lagi setengah jam, jadi 9.30. Tu pon x datang. Dia tambah lagi waktu ketibaan lagi setengah jam, last2 pukul 10. Tapi yang pukul 10 tu pon bukannya 10 tepat, 10.15!

So kenapa keretapi kita selembab itu??

Ada beberapa sebab yang boleh aku timbulkan berdasarkan pengamatan aku sebagai pengguna KTM sejak dari kecil lagi. Pertama, KTM ni dia kongsi landasan dengan semua keretapi yang ada di Malaysia. Situlah ETS punya jalan, situlah KTM punya jalan, situlah keretapi bawa simen, bawa gula pasir, bawa kontena punya jalan, situlah keretapi yang jalan jauh punya jalan. Senang cerita, kalau LRT tu boleh lalu situ, LRT pon nak disumbatkan sekali dekat landasan yang sama.

Itu mungkin faktor dari segi pengurusan dari pihak KTMB sendiri, tapi ada lagi satu faktor besar yang menambahkan lagi ke"siput"an KTM. Pengguna KTM tu sendiri!!!Dahlah KTM tu slow disebabkan faktor diatas, kita pula sebagai PENUMPANG dan PENGGUNA KTM, menambahkan lagi keadaan jadi parah.

Apasal pulak??

Sikap orang Malaysia bila nak naik keretapi, pergghhhh, macam nak pergi perang la aku tengok. Baik makcik ke, dengan beg2 shopping kiri kanan, depan belakang, sanggup melawan arus orang yang nak keluar keretapi. Apa ke BIJAK tindakan sebegitu??? Ada pulak satu puak ni, setiap masa nak cepat je kerja dia, baik memandu kereta (puak ni suka sangat potong que), nak naik keretapi, sama je, mesti dia dulu. Dalam kepala dia, aku dulu, aku dulu, aku dulu aku dulu.

Cuba belajar untuk beri keutamaan kepada orang yang ingin keluar dari tren terlebih dahulu. Caranya, berdiri di sebelah pintu, BUKAN DI TENGAH TENGAH PINTU.

Yang perangai nak masuk tren macam orang nak terberak tu satu, yang nak keluar dari tren ni pon satu. Dah tahu nak keluar tren, susah sangat ke untuk berdiri siap2, angkat beg kalau ada bawa beg sebelum tiba di stesen yang nk kita turun. Susah sangat?? 

Yang ada dalam tren ni pon satu, susah sangat ke nak bagi laluan atau buat satu laluan bagi memudahkan orang yang berada di tengah tren untuk lalu dan keluar dengan mudah?? 

Ni tak, bila dah sampai stesen, barulah terhegeh hegeh angkat beg, baru terhegeh hegeh nak bangun, lepas tu mula lah dok langgar orang sana sini, dok tersepit sana sini. See, kita sendiri yang menyusahkan keadaan. 


Sebenarnya, bukan keretapi je yang lembab, eskalator yang ada di shopping mall, bangunan2 pejabat, semuanya PERLAHAN!

Cuba fikirkan balik, adakah eskalator itu dicipta supaya orang yang malas untuk menggunakan tangga, hanya perlu berdiri diatasnya, membiarkan eskalator itu membawa badan kita yang berat dengan lemak tu??? Atau eskalator itu dicipta untuk melajukan pergerakan orang ketika menaiki tangga (kita bergerak dan dalam masa yang sama tangga pun bergerak). Kalau dah malas sangat nak panjat eskalator tu, nak  berdiri je, tolonglah berdiri di sebelah kiri agar orang lain yang ingin cepat atau dalam erti kata lain, orang yang menggunakan eskalator dengan cara yang betul (panjat eskalator semasa eskalator sedang bergerak) lalu dengan mudah.

Always use our brain in all our actions :)





Saturday 19 January 2013

Senaman Pinggang

Hari ini aku rasa puas gila. Dapat buat senaman pinggang!!




Pertama kali dalam hidup aku dapat naik kuda. Sebelum ni, kuda yg dekat fun fair atau kuda yang dekat tepi pantai yang kena bayar 10 ringgit 10 minit tu pon aku x pernah naik. Tapi hari ini aku belajar satu ilmu baru, ilmu menunggang dan mengawal kuda (horse riding) secara solo. Perghhh, sape x batak. Anyway, credit to my friend, Rafiquddin Tajudin @ sifu yang bawa aku pergi main kuda hari ini. 

Sebelum kitorang mula menunggang, aku usha2 dulu stable kuda kat sana. Lebih kurang 30 ekor jugak la bilangan kuda yang ada kat sana. Gentle cakap la, cuak kot mula mula tengok kuda, mau x nye, besar kot, kuda yang buat main polo ok la lagi saiznya, kuda arab, besar x ingat. Datang dekat je, otot kuda tu goyang2, haha, cuak kot. Tapi bila dah lama sikit, aku beranikan tangan aku sentuh kuda, best pulak rasa. Tiba tiba macam lahir satu perasaan sayang dekat binatang secara mendadak. HAHA (abaikan)

Bila dengar penerangan sifu, tengok kuda2 yang ada kat sana, terasa macam nak bela sekor je, tapi memikirkan harga sekor kuda tu mampu beli sebijik myvi second hand, kena pikir 100 kali kot untuk jadikan kuda sebagai haiwan peliharaan. Tak apa, asalkan ada matlamat dan wawasan nak beli, InsyaAllah Allah akan permudahkan. :D

Then, sifu Rafiq pon keluarkan sekor kuda polo untuk aku main. Sebelum tu, sifu ajar la aku cara2 nak pasang pelana bagai. Lepas dah siap pasang, kitorang pon pergi la kandang kosong dimana tempat orang beginner macam aku ni baru nk belajar control menunggang kuda yang dipanggil sebagai arena. Macam biasalah, sifu mesti buat demo dulu. Bila tengok sifu kawal kuda, rasa lawak pon ada. Sebab banyak main bahagian pinggang, nak ride kuda, pinggang kena lembut, kadang2 tu, kalau tengok orang riding kuda, kalau otak tu kotor sikit, mula lah pikir benda lain. (abaikan)

Setelah sifu buat demo, aku pon naik la kuda. Nak kata betapa jahilnya aku tentang horse riding, kuda tu buat bodoh je bila aku suruh dia jalan. Tension la jugak. Jangankan nak kawal, nak suruh kuda tu bergerak pon x pandai. Kuda bukan macam motor, yedak. Pulas minyak jalan. Haha

Tapi, lepas aku cuba banyak kali, barulah aku berjaya menggerakkan kuda! Layannn. Tadi aku sempat belajar dua skill je, walk dgn trot. (*ada beberapa skill basic untuk menunggang kuda iaitu walk, trot, canter dan gallop). Walk tu boleh lagi la, sebab kuda tu berjalan je, so tak de la susah sangat nak balance kan badan ni, tapi bila buat trot, (keadaan kuda bersedia untuk sprint / pra sprint).

Susah jugak la, sebab pinggang kita kena ikut rythem kuda tu. Kalau laju, kena laju la movemont pinggang kita. Melambung2 kot aku masa buat trot, bahagian pinggul aku dan kawasan yang sewaktu dengannya pon sakit, sebab rythem x selari dengan kuda, so banyak kali terhentak. Haha




Anyway, aku teringin nak beli sekor! Lagipun menunggang kuda merupakan salah satu sunnah nabi :)




Friday 18 January 2013

We learn to be a slave



Entry kali ini aku fokuskan untuk student2 yang amik aliran sains tulen.






"Besar nanti saya nk jadi Engineer, besar nanti saya nak jadi Doktor, besar nanti saya nk jadi Polis........."



Bila baca dialog di atas, apa yang anda semua fikir???

Ok, ini pula apa yang saya fikir.

Kalau kita nak jumpa budak2 yang cakap "Besar nanti saya nak jadi GURU, saya nak jadi PERDANA MENTERI, saya nak jadi MUFTI, saya nak jadi PENGARAH sesebuah syarikat....", fuuuhh, punyalah ciput. Yedak??

Normal lah kan kalau budak yang bercita cita nk jadi Guru, PM dan seangkatan dengannya bilangan mereka sangat sedikit. Tapi, betulkah fenomena atau trend sebegini normal atau sebab kita telah dididik dan minda masyarakat kita telah DISISTEMKAN sebegitu??

Haaaa, inilah point aku nak sampaikan.

Sebelum aku meneruskan perbincangan ini dengan lebih lanjut, aku nak bagitahu yang aku bukannya nak mengkritik mana mana pihak, bukan nk menghina atau menyentuh sensitiviti mana2 pihak, cuma kita belajar dari kesilapan dan sejarah agar kita jadi umat yang lebih baik di masa akan datang. :)

Baiklah, kita berbalik kepada tajuk, "WE LEARN TO BE SLAVE", nampak macam tak ada kaitan dengan apa yang aku cakap tadi. Actually sangat berkait rapat.

Kenapa??

Ok, kita lihat sistem pendidikan di negara kita, aku nak fokuskan PMR dan SPM. Di Malaysia, ada beberapa aliran yang disediakan bagi pelajar pelajar di Malaysia, selalunya pilihan dibuat selepas peperiksaan PMR. 

Pelajar pelajar yang cemerlang dalam PMR, kebiasaannya akan dinasihatkan untuk mengambil aliran SAINS TULEN, manakala yang kureeennnnggg sikit tu dinasihatkan untuk ambil aliran SAINS SOSIAL. Bukan sebab cikgu2 ni bias atau pilih kasih, tapi disebabkan aliran sains tulen tu susah dan requirement untuk ambil sains tulen lebih tinggi berbanding aliran yang lain.

So, apa significant dia??

Dari sini kita akan nampak perpecahan dua kelompok. Semasa zaman persekolahan, perbezaan dua kelompok ini memang tak nampak sangat, tapi ia akan nampak bila dua kelompok ini sudah menceburi bidang pekerjaan, dan menjebakkan diri sepenuhnya di dalam masyarakat sebagai orang dewasa.

So, apa salahnya??

Pelajar pelajar yang mengambil aliran sains tulen, kebiasaanya akan melibatkan diri dalam bidang sains seperti kejuruteraan, kedoktoran, seni bina dan lain lain. Manakala, pelajar pelajar yang mengambil pilihan sains sosial pula, most of them akan melibatkan diri dalam bidang perguruan, penjawat2 awam, dan perkara yang berkaitan dengan pengurusan masyarakat seperti ahli politik dll.

Even budak2 sains tulen yang x berapa nk cemerlang dalam SPM, mereka akan mengambil jalan seperti budak2 sains sosial, seperti apply ke maktab perguruan dll.

Haaaaaa,, nampak tak, inilah masalah nya!!!!

Result gempak, jadi SCIENTIST, ENGINEER, DOCTOR, ARCHITECT, bila result x gempak, jadi CIKGU, PEREKA HIASAN DALAMAN, AHLI POLITIK, PENJAWAT2 AWAM. Kitaran ini sememangnya tidak sihat, sebab apa, ramai golongan yang kurang bernasib baik ini mentadbir masyarakat, MANAKALA golongan cerdik pandai ini pula bekerja dibawah JAJAHAN golongan yang kurang bernasib baik ini. 

Satu lagi masalah dan kesilapan kita, guru guru kebanyakannya adalah dari golongan yg kurang bernasib baik, bahkan ia sudah menjadi satu TREND, x lepas SPM, masuk maktab perguruan. Guru guru yang mendidik anak bangsa inilah yang sepatutnya dimonopoli oleh budak2 yang cemerlang result SPM.

Pelajar2 universiti yang mengambil aliran sains selalunya akan berfikir sebegini "Urm, bila dah graduate nanti, nak KERJA DEKAT SYARIKAT MANA YA?" 

Sebaliknya, pelajar2 universiti yang mengambil aliran sains sosial, mereka pula akan berfikir begini "Lepas graduate nanti, aku nak BUKA BISNES / SYARIKAT APA YA?"

Kita pon boleh lihat perbezaan bidang kerja yang berkaitan dengan sains tulen dan sains sosial, mana satu yang bekerja macam nak terberak?? Tiap2 hari mengambil risiko keguguran rambut memikirkan tentang kerja!!


So, point yang terakhir dan merupakan teras mesej kali ini, KITA PERLU TAHU APA MATLAMAT DALAM KITA BELAJAR, APA SUMBANGAN KITA SESUDAH BELAJAR, dan yang paling penting, NAWAITU KITA PASTIKAN HANYA UNTUK ALLAH YANG SATU, UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, tak kiralah kita ni budak sains sosial atau sains tulen :)


















Wednesday 16 January 2013

ホモ°サピエンス (homosapien)

Baru baru ni, aku baru habiskan satu bab mengenai teori Darwin, pasal evolution manusia daripada beruk. Hahaha, of course la aku tak percaya benda mengarut ni. Disebabkan aku x faham satu habuk teori dia dalam bahasa jepun, so aku pon malas nk buat satu pon kerja rumah pasal bab ni.

Tapi, bukan tu aku nak bagitahu, aku nak bagitahu cara kita menerima pembelajaran tersebut. Ok, untuk pengetahuan anda, teori Darwin ni memang dipercayai oleh orang jepun, dan kalau x silap aku la, teori Darwin ni ada dalam 教育 (kurikulum) diorang. *kalau salah tegurlah aku :)

Anyway, pointnya, pemikiran dan jiwa orang jepun ni telah didoktorinkan dengan agenda2 dan teori2 sebegitu sebab orang jepun SANGAT MENGKAGUMI SAINS. WTH???


Cuma aku rasa sangat pelik dengan sikap kawan2 sekelas aku yang lain. Classmate aku semua budak melayu dan beragama Islam, dan aku percaya diorang x akan percaya mengenai teori Darwin ni.

Budak2 kelas aku ni bukan kemain membantah teori Darwin, berkeras macam nk terberak la, berhujah bahawa MANUSIA ITU DICIPTA DARIPADA TANAH, BUKANNYA MONYET DAN RAKAN2. Malah ada sebahagian daripada diorang ni kan, kononnya Islamic sikit lah kan, dok geleng2, dok ketawa2 time sensei aku ajar bab ni.

Tapi.........

Kalaulah sensei aku masa tu minta bukti yang manusia ini dicipta dari tanah, adakah kawan2 aku yang berhujah macam nk terberak ni tadi dapat menghuraikan persoalan sensei aku?? Aku x yakin yang diorang boleh jawab. Even aku sendiri pon kalau diminta buat prove, aku sendiri x dapat nk buat. 

Aku kesal sebenarnya dengan sikap member2 aku ni, sebab diorang ni seolah olah memperlekehkan apa yang sensei ajar. Aku bukan nak menyebelahi sensei, cuma aku malu dengan sikap kita, ORANG ISLAM, sebab memperlekehkan orang lain kerana PERBEZAAN FAHAMAN atau KEPERCAYAAN. Adakah itu yang diajarkan oleh Islam??

Kalaulah korang pernah tengok satu movie ni, title dia Kingdom of Heaven, dalam movie ni, ada part yang menunjukkan sikap Sultan Salahuddin terhadap orang Kristian, dia masuk kedalam satu gereja, dilantainya ada lambang salib, tapi Sultan Salahuddin x pijak, dia elak lambang salib tu, lalu di sebelahnya. See, simple je, tp ia bawa satu makna yang besar disebaliknya.





Janganlah kerana sikap kita, orang kafir memandang Islam ini satu agama yang tiada adab. Kita tak boleh salahkan 100% orang jepun yang seperti sensei aku tadi, seperti yang aku cakap awal2 tadi, diorang telah didedahkan dengan benda2 sebegitu sejak kecil lagi. So, dalam kita menolak yang batil, menegakkan yang hak, jangalah sampai kita berbogel!! Kalau x setuju atau x percaya dengan teori Darwin, kita hormat pandangan dan kepercayaan mereka, kalau kita mampu membidas hujah mereka, bidaslah dengan cara yang BERHEMAH, dan PASTIKAN KTA ADA ILMU YANG MANTAP, takut2 kita pula yang terperangkap nanti :)

Tuesday 15 January 2013

Telanjang dalam berhujah



     "Akhlak itu ibarat pakaian bagi seseorang muslim. Sekiranya seseorang itu tidak berakhlak, maka hidupnya seakan tidak berpakaian."


Mudah je kaedahnya kan? So tajuk entry kali ini aku bukannya nak tunjukkan dekat anda semua video orang bogel masa tengah bercakap ke apa, bukan! Pointnya mudah, BERAHKLAK dalam berhujah.

Ok, listen, listen, listen. listen. listen. dengar apa yang aku nak sampaikan dulu.

Kebanyakan orang mesti akan melenting bila ada seseorang menghuraikan atau berhujah sesuatu yang tidak kita setuju atau bertentangan dengan pendapat kita. Atau dalam erti kata lain, seperti ianya seperti berdebat. Islam menggalakkan umatnya berdebat (ada dlm buku teks PQS kot kalau x silap), cuma JANGANLAH SAMPAI MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN DAN PERMUSUHAN. 

Ingat, dalam kita berhujah, lebih lebih lagi mengenai perihal agama, janganlah kita hilang peradaban dalam berbicara, kalaulah dia itu seorang ustaz, kalau nak berbicara atau menegakkan sesuatu hujah, janganlah sampai tercabut kopiah dikepala tu naaa :)

Lantang x semestinya menang, yg diam x semestinya kalah :)



Monday 14 January 2013

Adilkah aku untuk bergembira?

Hari ini, 14/1/2013, aku sebagai penuntut di Institut Bahasa Teikyo (IBT) dapat tahu result untuk student yg dapat fly atau x. Keputusan dibuat oleh JPA berdasarkan result peperikasaan yg diambil oleh pelajar yg nk study ke Jepun (EJU).

Alhamdulillah, aku bersyukur lepas tahu budak2 kelas aku (kelas engineering) semua orang dapat pergi kecuali budak2 kelas sains sosial, ada dua orang yg x melepasi kelayakan untuk fly ke Jepun. Ya Allah, aku boleh rasakan kekecewaan yg diorang alami.

Bayangkan je la, belajar 2 tahun dekat IBT ni macam nk terberak, last2 x dapat fly ke jepun, pergh, sape je yg x sakit weyh. IBT ni dah la ibarat neraka dunia, malaikat2 yg jaga neraka tu ibarat sensei2 kat situ, bezanya, diorang ada hati dan perasaan. HAHA, bukan nk ckp sensei2 ni jahat, cuma pembelajaran kt IBT ni sangatlah "PERLAHAN dan SEDIKIT".

Batch aku ni cuma ada 30 orang je, so bila ada rakan2 kita yg sama2 kita berjuang dari awal, tapi akhirnya kita x dapat bersama sampai ke penghujung, pasti ada rasa kekurangan. PASTI! InsyaAllah, aku doakan untuk kaw sahabat, berjuanglah sampai ke penghujung, mungkin ini takdir kaw, sebab Allah lebih mengetahui apa yg kaw sendiri tak tahu.

Mungin Allah nk bagi kau menangis sekarang dari biarkan kau menangis di kemudian hari. Siapa tahu, yedak??

Anyway, tahniah buat pelajar Ambang Asuhan Jepun (AAJ) sebab 100% student AAJ dapat fly ke Jepun tahun ni.

Kenapa baru sekarang?

Aku dah lama sebenarnya nak menceburkan diri dalam bidang ni. Dulu bercita cita juga nak buat Vlog, tp belum sampai masa lagi kot. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku menulis blog buat kali pertama. Sebenarnya bukan pertama, dulu ada, cuma aku x aktif, maka diactivated.


So, persoalannya kenapa aku baru nk mula sekarang??


Alhamdulillah, hari ni result untuk dapat pergi belajar ke jepun ke x dah keluar. So bermula dari saat itu, aku tergerak untuk mula menulis blog. Sebab aku ingat nak share semua pengalaman pengalaman aku ketika berada di bumi orang lain nanti, di samping mungkin blog ni boleh jadi medan untuk orang yang tersayang mengetahui khabar aku bila dekat jepun nanti :)

Harap otai2 blogger boleh la beri tunjuk ajar kepada saya yg baru nk naik ni haaa...
InsyaAllah, dalam blog aku ni, aku akan banyak tulis pasal bagaimana aku berfikir terhadap sesuatu isu berdasarkan pengalam hidup yang aku ada dan aku nukilkan juga beberapa info dan ilmu yg aku ada dalam blog ni :)